Berbalik kepada cerita isteri dan disertasi. Beza di antara dua kalimah ini adalah seperti ini; Isteri, pelengkap hidup dan teman sejiwa hingga dunia Akhirat. Disertasi, impian yang perlu dipenuhi bagi melengkapkan impian yang lebih hebat. Isteri, teman di kala susah dan senang, tawa dan tangis, ceria dan duka kerana dia adalah pelengkap selama. Disertasi, susunan beribu-ribu kalimah yang mengandungi hasil kerahan tenaga fikir, lompatan idea dan jeruk semangat yang membugar.
Antara isteri dan disertasi, aku menganggap keduanya sama penting. Bila disebut sama bukan bermakna serupa. Ringkasnya, disertasi penting sementara tetapi isteri penting selama-lama-lama. Walaupun nampak sama, maqamnya tetap berbeza, posisi jauh benar jaraknya.
Kepada isteri yang kunikahi, jangan disalahfahami baris-baris ini. Aku cuma ingin mengungkap bahawa posisi dirimu di hati ini tidak teralih atau tergerak seinci. Tiada siapa atau apa yang mencabar posisi ini. Kita saling melengkapi sesama. Bersama kita susun bunga-bunga kasih menjadi sejambak cinta yang diikat bersama Iman kepada Tuhan.
Antara isteri dan disertasi. Aku memilih isteri untuk kukasih. Aku memilih disertasi untuk kutulis. Akan kucantum keduanya untuk kubina impian yang ditulis bersama teman yang kukasih.
Antara isteri dan disertasi, ia bukan ungkapan misteri. Tetapi padanya ada kasih sejati dan impian bererti.
Fuh mat...ayat mu dah menjiwangi sanubari aku. Aku rasa la, klu mu nak sambung ke PHD plak, aku cadangkan, mu amik masa dalam 5 tahun lagi ke. Disertasi ni pun aku rasa dh macam berat je. Tp xpe mat, klu ustaz kita bleh, mu pun bleh punya. Tambah2 ada plak sikecil penghibur hati yang senak. Ehh..aku plak wat ayat..
Gilo ayat..penuh sastera dan puitis..tak mampu aku nak menyaingi..hahahahha
yes..yes..
Mat...lamo tak jupo...ayatmu menyentuh jiwa...jangan biar isterimu merajuk..huhu
Bila masa isteri aku merajuk pulak. Aiya, aku sajer tulis jer.. Ko tak kawin lagi, ko takkan paham punyer...hehehe